Apa itu Backlink ?

Anonymous 10:03
Mesti ada dikalangan anda yang masih tak berapa faham apa yang dimaksudkan dengan backlink. Kalau blogger yang dah lama ni mesti dah tahu. Kalau yang masih tak tahu dan tak faham tu, saya nak kongsikan info mengenai backlink. Saya pun masih baru dalam dunia blog ni , lebih-lebih lagi dalam ilmu backlink ni. 



Apa itu Backlinks sebenarnya? 

Backlink dengan bahasa mudahnya ialah link web kita berada atau tersimpan di dalam web/blog orang lain.

Backlink adalah sesuatu yang sangat penting untuk sesebuah blog. Backlink sangat berguna dalam meningkatkan traffik blog. Traffik blog yang berkualiti sememangnya bergantung kepada seberapa banyak backlink yang diterima dari luar dan dalam blog.

Semakin banyak backlink yang diterima oleh sesebuah blog itu semakin tinggi kredibiliti sesebuah blog itu. Blog yang mempunyai isi yang menarik dan bermaklumat biasanya akan mendapat backlink yang banyak.

Semakin banyak backlink yang mereka ada akan meningkatkan Page Rank (PR) laman web/blog mereka dan bila PR makin tinggi, maka setiap kali post atau page diupdate, maka content kita akan diberikan keutamaan untuk berada di 1st page enjin carian bagi kata kunci – kata kunci (keyword) tertentu.

Backlink juga adakalanya dikenali sebagai inbound link atau incoming link. Inbound link ini amat mustahak untuk penentuan ranking search engine (SERP – search engine ranking position) kerana setiap seach engine mempunyai algorithmsnya yang tersendiri untuk menyukat berapa bilangan backlinks sesuatu website atau page yang ada dan sekali gus akan memberikan rank dan position yang lebih tinggi mengikut kelayakan website atau page itu sendiri.

Dalam erti kata lain, makin banyak backlink sesuatu website tersebut, maka makin popular website tersebut sekali gus segala isi kandungan (content) yang berada dalam website tersebut dianggap penting dan relevent oleh sesuatu algorithms search engine.

Bagaimana hendak mendapatkan Backlink ?


Kalau kita perhatikan, kita boleh dapatkan backlink dengan banyak cara. Antaranya ialah

1. Apabila link kita dimasukkan ke dalam bloglist blog lain. So rajin2lah join bloglist dan manfaatnya bukan pada kita sahaja tapi kedua2 pihak. Saya sendiri suka join bloglist sebab bila blog saya selalu diupdate dan sentiasa akan berada di senarai atas sekali. Secara tak langsung menaikkan trafik bila org klik link saya. Ada juga yang memang dah masukkan blog saya dlm bloglist. Terima kasih.

2. Korang perasan tak bila korang letak button share kt artikel korang tu. Bila orang klik share then artikel tu akan dikongsikan dengan org lain melalui facebook. Cuba korang bayangkan ada berapa orang dalam FB tu. Secara tak langsung kita dah dapat backlink kt situ. Betul tak?...huhuhu....

3. Melalui komen. Tak dinafikan dengan komen di blog lain akan meningkatkan trafik sebab kita dah tinggalkan link blog kita kt situ. Bila ada link orng akan klik kt link tu. So jgnlah jadi silent reader...Rajin2 la mengomen jek...huhuhu....

4. Letak signature link blog kita bila join forum dan hantar email. Sambil2 join forum letakkan link blog kita..kt situ dah dapat backlink. 

5. Melalui join contest dan segmen blog lain juga dapat backlink. Tak caya?..Cubalah join mana2 contest atau segmen. Saya suka join contest dan segmen sebab selain dapat memperkenalkan blog saya, link blog saya sentiasa berada dalam blog tersebut selagi contest atau segmen tu berjalan.

5.Buatlah artikel yang menarik dan berkualiti sebab bila artikel kita dikongsi dalam blog lain, biasanya akan dikreditkan ke blog kita. Sebagai contoh blog saya ada tutorial untuk blogspot dan ada beberapa blog yang share artikel saya di blog mereka.

6. Selalu blogwalking sebab kita akan meninggalkan link di ruangan shoutbox.

7. Exchange link dengan blog lain. Tinggalkan seberapa banyak link. Huhuhuh.....Saya suka dengan blog yang membolehkan saya letak link saya. 

p/s :  kalau ada yang salah tolong perbetulkan...

Search

Popular Posts

Labels

Follow us

Copy Paste this code to your site.
backlink