Apa Itu SEO

Unknown 10:13
Bergelar seorang blogger, antara perkataan yang akan jumpai dalam dunia blogging ini adalah SEO. Boleh dikatakan SEO ini memang agak glamour terutamanya di kalangan blogger yang sudah agak lama bertapak di dunia blogging.

Bagi blogger baru seperti saya ni,  masih tidak mengetahui dan tertanya-tanya, apakah sebenarnya SEO ini. Apakah kesan yang dibawa kepada seseorang blogger. Kenapa sesetengah orang terkejar-kejarkan SEO, kenapa sesetengah orang tidak kisah berkaitan SEO. Kali ni saya akan akan terangkan secara ringkas pengenalan kepada SEO, semestinya kepada blogger baru di arena blogging ini.


Apa itu SEO  ?
SEO atau singkatan kepada Search Engine Optimization ialah kaedah yang digunakan  untuk mendapatkan kedudukan yang tinggi di dalam enjin carian internet. Setiap orang yang memiliki laman web/blog  mereka mahukan entri mereka berada di Rank 1 dan Page 1. Jika anda ada produk yang ingin dijual di internet, SEO adalah langkah perlu bagi mempromosi produk anda kerana internet adalah medium yang paling berkesan untuk tujuan pemasaran. 


Di sinilah gunanya SEO. Tujuannya adalah untuk mengumumkan kehadiran web anda dan menjadikan laman web anda popular di internet. Enjin Carian Internet adalah kunci utama yang perlu diberikan perhatian.


Sebagi contoh cuba anda Google Barcelona Gergasi Eropah /  Tutorial Cara Membuat WishList , apa yang anda temui?




Blog manmala berada pada rank 1 dan page yang 1. Inilah seni permainan SEO dalam web/blog. Web/blog anda kenalah mesra alam SEO baru boleh dapat keputusan yang terbaik. Sebelum memulakan proses Search Engine Optimization, penting bagi anda untuk memahami tujuan sebenar SEO. Cuba kumpul seberapa banyak maklumat yang boleh tentang kaedah-kaedah yang boleh digunakan sebelum melakukan SEO bagi laman anda. Jika anda berjaya dalam SEO, anda sebenarnya sudahpun berjaya 70% di dalam perniagaan internet.

Search

Popular Posts

Labels

Follow us

Copy Paste this code to your site.
backlink